SELAMAT DATANG KE LAMAN PERSATUAN KEBAJIKAN MAHASISWA SABAH DAN SARAWAK(PERKEMASS)
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Progam Ijazah Sarjana Muda UTM di KTD

Kolej Teknologi Darulnaim , 19 April 2011 – KTD telah menerima satu lawatan validasi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang bertujuan menjalankan program ijazah sarjana muda di KTD. Ini bermakna KTD yang telahpun menerima pengiktirafan kolej antarabangsa telah melangkah kehadapan dengan lebih cemerlang dalam pembangunan akademiknya menerusi perancangan penambahan beberapa program baru pada tahap Sarjana Muda.

Wakil validasi dari UTM yang diketuai oleh Profesor Tuan Baharom, Timbalan Pengarah UTM-SPACE bersama En. Zurri dan Azaham, disertai juga 2 orang wakil fakulti terdiri daripada Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim dan juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat berpuas hati dengan perancangan dan pembangunan KTD yang semakin membangun seiring dengan keperluan semasa.

Program yang ditawarkan oleh pihak UTM pada tahap pertama ialah Bachelor of Management (Technology) dan juga Bachelor Computer Science (Software Engineering) yang mana kedua-dua program diatas dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan manakala setelah kedua-dua program di atas dijalankan pihak UTM sudi untuk menambah 2 lagi program ijazah pada tahap kedua iaitu Bachelor of Management (Marketing) dan Bachelor of Computer Science (Networking & Configuration Security)

Turut sama hadir dalam perbincangn tersebut ialah Dato’ Prof Dr Abu Azam Md Yasin pengerusi lembaga pengelola serta para pengurus semasa sesi taklimat bersama wakil validasi dari UTM.

Semoga KTD terus melangkah menuju kejayaan dalam mengecapi visi dan misi KTD. Pihak KTD merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diatas lawatan validasi wakil UTM ke KTD.

Semoga KTD terus sukses!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates