SELAMAT DATANG KE LAMAN PERSATUAN KEBAJIKAN MAHASISWA SABAH DAN SARAWAK(PERKEMASS)
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

LAWATAN KETUA EKSEKUTIF KE INDONESIA

JAKARTA ( 20 Mac ) - Satu siri lawatan ke Indonesia dalam rangka menjalin hubungan persefahaman antara KTD dan pondok pasentran di sekitar Jakarta , Bogor dan Jawa Barat telah dilaksanakan baru-baru ini oleh pihak KTD. Lawatan selama 7 hari ini, bermula 12 sehingga 17 Mac 2011 ini diketuai sendiri oleh Ketua Eksekutif (KE) Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Dr Abdullah Sudin Abd Rahman, bersama seorang ahli lembaga pengelola KTD ,Tn Hj Mohd Ghani Salleh dan diiringi oleh seorang pegawai antarabangsa KTD Mohd Naeim Abdullah. Rombongan ini telah disambut oleh wakil daripada Indonesia iaitu Prof Dr Agus Priyono dan Pak Herman di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta Indonesia.

Lawatan ini bertujuan untuk menjalin persefahaman di antara KTD dan juga beberapa pondok pasentran dalam rangka merekrut pelajar antarabangsa ke KTD bagi kemasukan Jun 2011 tahun ini. Antara sekolah yang dilawati adalah Pondok Pesantren Husnul Khotimah, Pesantren As Syifa, Pesantren Rafah, Pesantren Al Kahfi, Pesantren Darul Ulum LIDO.

Pasentran pertama yang dikunjungi ialah Pondon Pasentren Husnul Khotimah yang terletak di Kuningan Jawa Barat.Di sana, Ketua Eksekutif memberikan sedikit menerangan dan penjelasan kepada Yayasan Pesantren berkenaan KTD dan pada sebelah petangnya kami berjumpa dengan para pelajar tahun akhir pesantren. Para pelajar memberikan kerjasama yang baik dan kesemuanya bersemangat mendengar dan mengajukan beberapa soalan kepada pihak KTD.

Keesokkannya kami telah mengadakan kunjungan ke sekolah As-Syifa yang jauh perjalanannya dari Husnul Khotimah sekitar empat jam perjalanan. Pada jam 10.00 pagi satu pertemuan dengan semua guru-guru dan staf pasentren bersama K.E bertujuan menjelaskan berkenaan KTD dan sebagainya. Selepas Zohor perjumpaan bersama para pelajar As Syifa juga diadakan. Melihatkan wajah-wajah mereka yang cukup ceria dan memberi respond yang baik semasa pembentangan berkenaan KTD.

Kelihatan mereka begitu bersemangat dan sangat berminat untuk menyambung pengajian ke Malaysia. PESAT ataupun program pembangunan sakhsiyah terpuji yang dijalankan oleh pihak HEP KTD amat ditekankan oleh K.E semasa penyampaian beliau. Hal ini kerana pelajar yang ingin dilahirkan oleh KTD bukan hanya bijak pandai tetapi yang berakhlak dan boleh dimanfaatkan oleh agama, bangsa dan negara.

Pada malamnya, rombongan bertolak kembali ke Wisma Makara di Jakarta dan bermalam di sana. Keesokkannya rombongan meneruskan siri lawatan ke Pesantren Rafah di Jakarta. Mereka disambut oleh ketua Umum Pesantren dan sedikit perbincangan penerangan berkenaan KTD berlangsung antara pihak KTD dan juga Pesantren. Selesai perbincangan rombongan KTD diraikan dengan makan tengah hari di Restoran Soto Betawi ‘Pak Edi’ yang dimiliki oleh salah seorang staf di pesantren.

Seterusnya setelah solat zohor rombongan bergerak berjumpa dengan wakil rakyat Bapak Dadeng Wahyudi wakil ketua DPRD Kabupaten Bogor. Perjumpaan yang agak santai berbincang berkenaan pendidikan serantau dan kepentingan pendidikan kepada seluruh masyarakat. Mereka juga berkesempatan berjumpa dengan wakil pendidikan bogor Ibu Tika dan Pak Endjang berbincangkan berkenaan perihal yang sama. Ibu Tika juga menyuarakan bahawa di saat ini ramai yang cerdik pandai tetapi yang menjadi kekangan adalah kewangan untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Hari terakhir kami berkesempatan berkunjung ke Pasantren Al Kahfi di Bogor. Kami tiba di pasantren pada waktu Zohor dan berjumpa dengan wakil Mudir, guru dan para pelajar tahun akhir pasantren. Penerangan dan penjelasan diberikan kepada para pelajar, hasrat dan keinginan KTD dizahirkan oleh K.E dalam rangka menjalin hubungan dengan sekolah-sekolah di Indonesia dan juga merekrut para pelajar antarabangsa menyambung pengajian di KTD. Semangat dan respond yang baik dikalangan pelajar sehingga ada yang mengatakan “kita jumpa di KTD, InsyaAllah” menceriakan wajah semua yang hadir.

Di sebelah petang rombongan KTD berkesempatan berkunjung ke Darul Ulum LIDO berdekatan dengan pasantren Al-Kahfi. Kedatangan mereka disambut oleh Mudir pasantren dan beberapa orang pendidik di sana. Mudir sempat berceritakan tentang sejarah pasantren yang ditubuhkan oleh almarhum ayahnya sendiri yang menghadapi banyak cabaran dan rintangan serta ujian sebelum menubuhkan pasantren. Sebelum pulang rombongan KTD , dijamu dengan hidangan makanan serta kuih muih tradisional Indonesia.

Sekitar jam 5.00 petang kami bertolak terus ke Airport Soekarno-Hatta. Segala pengalaman manis sepanjang di Indonesia terpahat di hati ini. Pada jam 8.15 malam kami berlepas ke LCCT dan tiba di tanah air jam 10.00 malam waktu tempatan.

Laporan oleh

Mohd Naeim Abdullah

Pegawai Antarabangsa,KTD.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates