Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3
diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah
pada musim haji penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah
di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas
penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat
tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta
beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan
berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka
Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah
Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w.
pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila
para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil
berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan
Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun
kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar
ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah
sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di
hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar,
apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu?
Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma."
Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu
Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu
mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh
para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w.
tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat:
"Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan
kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah
beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para
sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau
menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di
rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang
menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua
menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu
Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu
telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w.
berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan
sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan
Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh
pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para
sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga
gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan
semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan
para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah
s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81
hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya
ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat
tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w.,
beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para
Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w.
menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai
mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3
kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan
berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak
mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu
mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya
dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti
unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan
tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil
tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu
saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama
ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah,
Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan
ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah
Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata:
"Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal
pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan
berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya
Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil
tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk
apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah,
Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya
Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya
untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab
perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut,
maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat
tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan
sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w.
tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar
kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata:
"Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun,
lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa
berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah
kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata:
"Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan
tempatmu dan mengetahui isi hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan
berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini
adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu
menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah
s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua."
Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu
hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w.,
anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka
Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka
baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan
Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus
anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul
anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda
yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga
saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli
syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas
kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu
para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling
besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan
Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin
hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan
beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi
kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan
antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya
seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah
sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah
mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu
kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki,
atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku,
maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku
ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama
yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat
aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat
Mikail, dan yang akhir
sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang
sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan
berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus
kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam
penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila
anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan
yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah
para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan
yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang
satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai
bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu
persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada
AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia
dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka
sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit
selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab
diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada
hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat,
setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah
Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka
Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah."
Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan
urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah
r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah
r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu
Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti
permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah
s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya
penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan
solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar
kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke
masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh
musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun
memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan
kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya
apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a.
menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah
dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.;
"Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun
berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke
masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin
Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke
masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat
subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah
s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam
pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada
Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan
meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku
di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w.
pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat
lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik
rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan
dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka
minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah
kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu
kembali padaku."
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah
dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab
Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka
ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma
danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu
semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya
masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun
berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab
sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti
dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh
Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.:
"Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun
berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku
telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia
memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu
siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah
malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat
yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta
meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi
setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir,
dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan
Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai
Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan
aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk.
Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya
Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu,
wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?"
Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu
dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak
izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai
lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya
tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun
turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w.
melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata
Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:
"Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku
disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu
langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit.
Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah
berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah,
sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata
Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud:
"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga
sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat
memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah
s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa
susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail,
dekatlah kamu kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan
tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s.
mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata
beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril
a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat
wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh
Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku
wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah
diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan
kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan
Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda
Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku;
"Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut
di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca
selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut
maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi
batu."
|
|||||||
|
|||||||
|
|||||||
0 comments:
Post a Comment