SELAMAT DATANG KE LAMAN PERSATUAN KEBAJIKAN MAHASISWA SABAH DAN SARAWAK(PERKEMASS)
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

ANNUAL GENERAL MEETING


Pada 10 Julai 2012 baru2 ini, PERKEMASS telah mengadakan satu mesyuarat agung ( AGM ) buat kali pertama bagi tahun 2012/2013. AGM ini diadakan di surau As-Syafie Kolej Teknologi Darulnaim. Majlis ini di mulakan dengan bacaan suci Al-Quran yang di sampaikan oleh saudara Zainuddin Bin Abdul Sakka. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sedikit penerangan tentang sejarah penubuhan PERKEMASS kepada ahli PERKEMASS terutamanya pelajar semester 1 yang disampaikan oleh penasihat PERKEMASS iaitu Encik Zulkifli bin Willy. Antara tentatif seterusnya ialah ucapan daripada mantan pengerusi PERKEMASS iaitu saudara Zulkarnain bin Maksum. Majlis tertinggi telah pun dinyatakan iaitu ;
                
                PENGERUSI : GULAM HASSAN BIN ABDUL WAHID
                T. PENGERUSI 1 : ALSHID AZRAIL
                T. PENGERUSI 2 : NORFAEZAH BINTI ABDU RAHMAN
                SETIAUSAHA : SITI ARHA BINTI BADALUDDIN
                T. SETIAUSAHA : ZAINUDDIN BIN ABDUL SAKA
                BENDAHARI : ROSLIANAH BT MERDEKAI
                T. BENDAHARI : SITTI SAHAWATI BT MUSTAFA

Seterusnya, ucapan daripada penasihat PERKEMASS iaitu Encik Zaini bin Ghazali. Kemudian, majlis di teruskan dengan perlantikan ahli jawatankuasa PERKEMASS yang baru. AGM ini telah berakhir kira-kira pulul 11.30 p.m. Pihak PERKEMASS mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates